Melaka paling tinggi catat cubaan rentas negeri, kata menteri


Alfian Z.M. Tahir

Negeri yang mencatat cubaan rentas tertinggi adalah Melaka sebanyak 886 kenderaan, Perak (362) dan Pulau Pinang (284), kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 22 Mei, 2020.

MELAKA mencatat jumlah kenderaan tertinggi yang cubaaan rentas negeri untuk menyambut Hari Raya Aidlfitri, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, Perak negeri kedua selepas Melaka yang merekod cubaan terbanyak, diikuti Pulau Pinang.

“Semalam sebanyak 2539 kenderaan yang cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung telah diarah berpatah balik oleh PDRM,” katanya pada sidang media harian hari ini.

“Negeri yang mencatat cubaan rentas tertinggi adalah Melaka sebanyak 886, Perak 362 dan Pulau Pinang 284. 

“Setiap hari saya mengulangi supaya jangan membuat rentas negeri. 

“Dan semalam mungkin apabila saya umumkan tiada lagi kebenaran rentas negeri, mungkin ramai yang ingin ambil kesempatan. Supaya mungkin mereka takut hari ini ada sekatan dan sebagainya.”

Ismail Sabri juga berkata sebanyak 154 sekatan jalan raya telah didirikan dan 64 individu ditahan atas kesalahan melanggar SOP perintah kawalan pergerakan bersyarat.

“Di antaranya, 40 individu telahpun direman manakala 24 individu diberikan kompaun oleh pihak polis,” katanya. – 22 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen