Tiada lagi rentas negeri untuk suami isteri berjauhan, kata menteri


Alfian Z.M. Tahir

PASANGAN suami isteri yang bekerja atau tinggal di negeri berlainan tidak lagi dapat melakukan perjalanan merentas negeri untuk bertemu antara satu sama lain, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.

“Suami dan isteri yang tinggal berasingan tidak lagi dapat berjumpa antara satu sama lain kerana kita sudah menutup perjalanan antara negeri. Kita dapati ramai keluarga berusaha untuk pulang ke kampung halaman selepas pengumuman saya semalam.

“Mungkin ada yang nerjaya melepasi sekatan jalan raya tetapi anda mungkin tidak bernasib baik ketika pulang semula. Polis diberi arahan jelas dan mereka akan mengeluarkan kompaun,” katanya pada sidang media hariannya di Putrajaya. – 22 Mei, 2020.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen