'Revolusi tandas' di China penting


Presiden China Xi Jinping menyeru supaya menaik taraf tandas awam di negara itu bagi membangunkan sektor pelancongan domestik. – Gambar AFP, 27 November, 2017.

PRESIDEN China, Xi Jinping mahu negara itu teruskan usaha menaik taraf tandas awam di negara itu, sebagai sebahagian daripada inisiatif “revolusi tandas,” yang bertujuan untuk membangunkan pelancongan domestik, lapor agensi berita Xinhua.

Beliau berkata, mewujudkan tandas yang bersih merupakan bahagian penting dalam mendorong nilai peradaban di bandar dan luar bandar.

Usaha perlu dipertingkatkan di bandar dan luar bandar untuk menaik taraf tandas awam bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat, kata Xi.

Menurut beliau, selari dengan “revolusi tandas,” China harus membina kemudahan dan perkhidmatan awam yang lebih baik untuk meningkatkan industri pelancongan. – Bernama, 27 November, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen