Projek bawa pulang wang dari Petrosaudi ‘menyusahkan’, kata saksi kes 1MDB


Bede Hong

Bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi kelihatan di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dalam perbicaraan kes 1MDB membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 21 Mei, 2020.

MAHKAMAH Tinggi hari ini diberitahu bahawa memo dalam kalangan pengurusan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada 2012 menggambarkan pengembalian AS$1.83 bilion (RM8 bilion) daripada usahasama dengan PetroSaudi International (PSI) sebagai Projek PITA, akronim untuk “pain in the ass”.

Perkara itu didedahkan oleh bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi ketika disoal berkenaan “Projek PITA” dalam sesi soal balas oleh ketua peguam Muhammad Shafee Abdullah.

“Ia lawak dalaman dalam kalangan pegawai pengurusan ketika itu. P maknanya PSI. PITA juga ‘pain in the ass’, kerana ia sangat menyusahkan untuk menghantar pulang wang itu,” kata Shahrol dalam keterangannya.

“Ini kerana anda perlu secara teliti menjejak kembali G2G (urus niaga kerajaan dengan kerajaan), kami tidak boleh teruskan hanya berasaskan kepada komersial semata-mata.

“Ia isu sensitif yang perlu diuruskan dengan sangat berhati-hati. Kami diberitahu yang Datuk Seri Najib perlu dimaklumkan untuk meluluskan beberapa perkara, dan macam-macam lagi.”

Shahrol berkata 1MDB mahu membawa pulang wang itu untuk membuat pelaburan dalam Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange. – 21 Mei, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen