Malaysia kurang tenaga kerja untuk transformasi digital


Sheridan Mahavera

Seramai 3.2 juta pekerja dengan kemahiran digital tahap pertengahan diperlukan dalam tempoh lima tahun bagi memastikan kejayaan negara menempuhi cabaran ekonomi pasca Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Mei, 2020.

MALAYSIA perlu menghasilkan 3.2 juta pekerja dengan kemahiran komputer tahap pertengahan dalam tempoh lima tahun akan datang jika ia mahu berubah secara digital dan berjaya dalam negara pasca Covid-19, kata pakar.

Berapa pantas kerajaaan, perniagaan dan rakyat Malaysia menggunakan data untuk mengubah perkhidmatan, operasi dan aliran kerja juga akan menentukan sejauh mana cepatnya ekonomi akan pulih daripada kemusnahan akibat pandemik itu, kata mereka di seminar secara maya.

Perlu juga ada penekanan sama rata berkenaan “penyertaan digital” bagi memastikan semua orang tanpa mengira kelas dan wilayah, ada akses kepada jalur lebar berkelajuan tinggi yang baik dan boleh menghubungkan mereka dengan Internet.

Menjelang 2025, dianggarkan Malaysia akan memerlukan 36% atau 6.1 juta tenaga kerja yang ada kemahiran digital tahap pertengahan, kata John Low, pengurus bersama untuk Asia Tenggara bagi syarikat konsultasi Roland Berger.

Kemahiran “tahap kedua” itu termasuk mampu menggunakan peralatan digital untuk menganalisis data atau mereka grafik, kata Low pada seminar bertajuk “Membangunkan semula ekonomi dengan mengaktifkan dasar”.

Bagaimanapun, setakat 2019, hanya 18% atau 2.9 juta tenaga kerja yang ada kemahiran itu, kata Low.

“Tenaga kerja itu perlu dilengkapkan dengan kemahiran digital lebih maju. Kesedaran dan kemahiran asas tidak lagi mencukupi.

“Masa depan nanti, kita perlu lebih ramai pekerja dengan kemahiran tahap kedua dan ketiga,” kata Low.

Seminar secara maya itu dianjurkan oleh Microsoft, Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri dan Roland Berger.

Turut serta menjadi panel dalam seminar itu ialah menteri Mustapa Mohamed, yang mengetuai EPU.

Low berkata 46% atau 7.3 juta pekerja rakyat Malaysia, kebanyakannya pekerja berkemahiran rendah dan sederhana seperti kerana dan staf perkhidmatan, akan terjejas teruk akibat pendigitalan.

Katanya, bagi mengatasi cabaran tenaga buruh ini, sektor awam dan swasta perlu membuat lebih banyak pelaburan, lebih banyak guna pakai digital oleh PKS dan kerjasama antara industri dan institusi pendidikan untuk mengurangkan salah padan kemahiran. – 21 Mei, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen