Tiada manusia wajar dihina seperti pekerja asing, kata Maria Chin


Alfian Z.M. Tahir

Hampir 200 pendatang asing tanpa izin ditahan, digari dan dirantai dalam serbuan di Bandar Lama PJ, hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 20 Mei, 2020.

GAMBAR pendatang asing tanpa izin digari dan dirantai beramai-ramai ketika serbuan ke atas Bandar Lama PJ awal hari ini mencetuskan kemarahan wakil rakyat Maria Chin, yang berkata tiada seorangpun wajar dilayan sehina itu.

Ahli Parlimen Petaling Jaya itu memberitahu The Malaysian Insight yang sangat menyedihkan melihat lelaki dan wanita ditahan, digari dan dirantai seperti penjenayah.

“Prejudis dan diskriminasi dihadapi mereka (pendatang) langsung tidak dapat diterima.

“Tiada seorangpun wajar dilayan sehina itu terutama ketika waktu krisis sebegini. Pendatang ini sudahpun susah sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Mereka terabai kerana mereka tak boleh bekerja ketika ini dan tidak seperti rakyat Malaysia, mereka juga tidak layak kepada sebarang skim kebajikan kerajaan,” kata Maria.

Awal hari ini, pegawai imigresen menyerbu Bandar Lama PJ yang diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketat selepas berlaku lonjakan kes Covid-19 di sana.

Semua penduduk kawasan itu dilarang meninggalkan kawasan itu sehinggalah pihak berkuasa habis melakukan saringan Covid-19 dan PKPD dibatalkan.

“Kebanyakan pendatang itu bekerja di Pasar Jalan Othman dan dengan penjaja kecil sekitar Petaling Jaya.

“Perlu ada prosedur tertentu untuk menilai status imigresen setiap mereka dan mempertimbangkan pemberian dokumentasi bersesuaian untuk membolehkan mereka terus bekerja. Ramai peniaga masih perlukan khidmat mereka.

“Sangat malang dan dikesali apabila pihak berkuasa masih memilih untuk menyerbu dan menahan pendatang di kawasan itu walaupun saya sudah bercakap melawan pencabulan hak sebegitu,” kata Maria. – 20 Mei, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen