Bekalan darah di tahap membimbangkan, kata KP Kesihatan 


Chan Kok Leong

Orang ramai digesa tampil untuk menderma darah bagi memenuhi keperluan Tabung Darah Negara untuk rawatan.– Gambar EPA, 20 Mei, 2020.

BANK darah memerlukan penderma kerana penggunaannya meningkat sejak bermulanya pembedahan elektif, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

“Penurunan dalam bank darah mencapai tahap membimbangkan kerana tahap kegunaan kini adalah 13,076 beg seminggu berbanding 9,000 bag seminggu sebelum ini,” kata ketua pengarah kesihatan pada sidang media harian situasi Covid-19 di Putrajaya hari ini. 

“Peningkatan kemalangan turut direkodkan 5% hingga 10% yang memerlukan rawatan hospital sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat,” tambahnya.

Semasa PKP, bekalan darah di Tabung Darah Negara menurun 40% daripada 111,328 pada Mei, 2018 berbanding hanya 67,135 beg pada Mei 2020.

Beliau mengatakan bahawa ini dapat diterima semasa PKP kerana terdapat juga penurunan penggunaan darah akibat penurunan kemalangan jalan raya dan pengurangan pembedahan elektif.

Namun penggunaannya kini adalah tinggi dan lebih banyak bekalan darah diperlukan, kata Dr Noor Hisham.

Sementara itu, terdapat 31 kes baharu jangkitan Covid-19 yang mana 10 daripadanya adalah rakyat Malaysia yang pulang dair luar negara.

21 daripada kes itu adalah daripada jangkitan tempatan dengan 10 adalah daripada warga asing.

60 pesakit telah didiscaj, menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif menurun kepada 1,189. – 20 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen