Hanya 20 orang dalam satu set penggambaran filem, kata Ismail Sabri


Alfian Z.M. Tahir

Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata hanya 20 orang dibenarkan berada dalam lokasi penggambaran filem dengan syarat mereka perlu mematuhi SOP dengan ketat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Mei, 2020.

HANYA 20 orang yang dibenarkan berada di lokasi penggambaran filem, kata Ismail Sabri Yaakob hari ini selepas Putrajaya bersetuju membenarkan syarikat produksi meneruskan penggambaran minggu hadapan.

Ismail berkata syarikat produksi mesti mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat sepanjang pembuatan filem termasuk tidak mempunyai bufet makanan untuk pelakon terlibat.

“Oleh kerana kami bersetuju untuk membenarkan produksi filem kembali beroperasi, mereka perlu mengikuti SOP yang ketat.

“Mereka boleh memulakan penggambaran selepas Hari Raya..

“Beberapa SOP yang harus mereka ikuti ialah; untuk melakukan uji bakat melalui panggilan telefon atau dalam talian, mereka harus tahu sejarah perjalanan semua ahli produksi, tidak lebih daripada 20 orang dalam satu set atau di tempat kejadian dan tidak boleh ada katering atau buffet makanan untuk pelakon. Mereka hanya boleh membawa pulang makanan,” kata Ismail Sabri. 

Beliau menambah jurusolek mesti memakai alat pelindung muka semasa bekerja.

“Mereka harus memakai alat pelindung muka dan perlu mencuci tangan sebelu dan selepas sesi,” katanya.

Semalam Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah berkata kerajaan sudah memberi lampu hijau kepada industri perfileman untuk meneruskan aktiviti selepas raya. – 20 Mei, 2020.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen