PAC mahu jadikan saya 'kambing hitam' skandal 1MDB, kata bekas CEO


Bede Hong

Laporan PAC pada 2016 mencadangkan siasatan dibuat ke atas Shahrol Azral Ibrahim Halmi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Mei, 2020.

BEKAS CEO 1Malaysia Development Bhd Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberi keterangan hari ini yang beliau dijadikan “kambing hitam” oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) kerana masalah kewangan dihadapi dana kekayaan negara itu.

Dalam laporan dikeluarkan pada 2016, PAC berkata Shahrol perlu bertanggungjawab untuk “kelemahan dan ketirisan” dihadapi 1MBD.

Laporan turut mencadangkan pihak penguatkuasaan menyiasat Shahrol dan individu lain dalam pasukan pengurusan 1MDB.

“Mereka mahu jadikan saya kambing hitam,” kata saksi berusia 49 tahun itu pada sesi soal balas perbicaraan kes 1MDB Najib Razak, hari ini.

Shahrol mengesahkan yang 1MDB menghantar maklumat kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang kemudian menghantarnya ke PAC.

Apabila disoal balas peguam Muhamad Shafee Abdullah, Shahrol berkata kebimbangannya mengenai maklumat yang disediakan akan “diputar belit dan dipetik luar konteks” kerana PAC terdiri daripada wakil rakyat kerajaan dan pembangkang.

“Kebimbangan saya adalah isu 1MDB berkisar kepada pelaburan PSI (PetroSaudi International) yang sudah jadi berita (dan akan digunakan) sebagai bahan politik melawan Datuk Seri Najib,” katanya, menambah yang PAC ketika itu terdiri daripada beberapa “wakil rakyat pembangkang yang lantang mengkritik”. – 20 Mei, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen