Hakim cadang bicara kes 1MDB Najib buat di pasar borong


Bede Hong

Peguam Muhammad Shafee Abdullah cadang perbicaraan kes itu ditangguhkan hingga 9 Jun, selepas PKP tamat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Mei, 2020.

PERBALAHAN berkenaan syarat penjarakan sosial dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini membawa kepada hakim mencadangkan supaya perbicaraan diadakan di pasar borong untuk memuaskan hati pasukan peguam.

Ketua peguam bela Muhammad Shafee Abdullah turut mengugut untuk undur diri daripada kes berkenaan selepas saling berlawan cakap dengan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah yang tidak bersetuju dengan permohonan untuk tiga peguam hadir pada prosiding itu.

“Saya bukan sengaja ikut SOP untuk menyusahkan. Saya mematuhi SOP itu kerana saya fikir kesihatan dan keselamatan nyawa manusia yang paling penting. Itu sebabnya kenapa saya ikut SOP. Bukan sebab lain,” kata hakim.

Shafee kemudian membalas dengan berkata atas sebab itulah beliau mencadangkan perbicaraan ditanguhkan hingga 9 Jun, apabila perintah kawalan pergerakan (PKP) tamat.

“Dengan cara itu kita boleh capai kedua-duanya, proses perbicaraan yang adil dan keselamatan nyawa manusia.

“Saya tidak boleh bekerja dengan keadaan begitu, saya mungkin perlu tarik diri,” kata Shafee.

Selepas berbalah, Sequerah kemudian mencadangkan lebih baik jika perbicaraan itu diadakan di pasar borong Kuala Lumpur di Selayang tanpa sekatan.

“Anda boleh ada berapa ramai pun orang awak mahu di mahkamah,” kata hakim. – 20 Mei, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen