LEBIH 200 anggota penguatkuasa beberapa agensi hari ini membuat serbuan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal berkata serbuan itu bermula jam 8 pagi bagi menahan warga asing tanpa izin yang tinggal di sekitar kawasan itu.
“Operasi dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia dengan dibantu polis,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Serbuan itu turut membabitkan Kementerian Kesihatan dan Angkatan Pertahanan Awam.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah berkata pegawai imigresen dan polis tiba awal pagi tadi di PJ Old Town.
“Operasi sedang dijalankan sekarang,” katanya.
Maria berkata beliau tidak mempunyai maklumat lanjut berkenaan operasi berkenaan. – 20 Mei, 2020.
Berita penuh di sini.
Komen