Rusia serang Syria, 53 terbunuh


Seorang kanak-kanak cedera selepas rumahnya dibedil Rusia dalam satu serangan udara di timur wilayah Deir Ezzor, Syria. – Gambar AFP, 27 November, 2017.

SERANGAN udara Rusia awal pagi tadi membunuh sekurang-kurangnya 53 orang awam termasuk 21 kanak-kanak, di sebuah perkampungan dikawal kumpulan Islamic State (IS), di timur wilayah Deir Ezzor, kata badan pemantau.

“Jumlah kematian semakin meningkat selepas serpihan kesan serangan dialih dalam operasi menyelamat sepanjang hari semalam,” kata Rami Abdel Rahman, ketua Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria semalam.

Katanya, serangan itu terkena bangunan kediaman di kampung Al-Shafah, di timur Sungai Euphrates. – AFP, 27 November, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen