Riza jadi saksi pendakwaan kes 1MDB Najib


Bede Hong

Bekas perdana menteri Najib Razak berdepan 25 pertuduhan jenayah berkaitan dana awam RM2.28 dalam perbicaraan 1MDB yang bersambung hari ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 19 Mei, 2020.

PIHAK pendakwa akan memohon untuk memanggil Riza Aziz sebagai saksi bagi memberi keterangan dalam perbicaraan kes 1MDB Najib Razak, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur didengar hari ini. 

“Kami mohon untuk memasukkan Riza Aziz dalam senarai saksi kerana beliau sudah berikan bukti kepada pihak pendakwaan.

“Kami akan buat permohonan rasmi,” kata Gopal Sri Ram yang mengetuai pendakwaan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah. 

Najib Razak berdepan 25 pertuduhan jenayah berkaitan dana awam RM2.28 dalam perbicaraan 1MDB yang bersambung hari ini selepas ditangguhkan enam bulan. 

Khamis lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepaskan tanpa bebas atas tuduhan pengubahan wang haram AS$248 juta (RM1.25 bilion) berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Riza didakwa pada 25 Julai, 2019.

Berikutan keputusan mahkamah itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan berkata, kerajaan dijangka akan menerima aset bernilai AS$107.3 juta (RM465.3 juta) sebagai sebahagian daripada perjanjian antara pihak pendakwa dan Riza.

Sri Ram juga memberitahu mahkamah bahawa pendakwaan juga akan memohon prosiding penghinaan terhadap Najib untuk komen yang dibuat dalam wawancara baru-baru ini.

Sri Ram berkata, bekas perdana menteri berusia 66 tahun itu menghina mahkamah ketika dia mengatakan dia menjangkakan suasana “lebih kondusif” untuk perbicaraan 1MDB berikutan perubahan pentadbiran.

Sebagai tindak balas, peguam bela Muhammad Shafee Abdullah berpendapat bahawa tidak ada prosiding penghinaan dibuat terhadap bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, yang telah memanggil anak guamnya “penyangak”, atau perompak dan pencuri.

“Tidak ada yang mengatakan beliau menghina,” kata Shafee, meminta pihak pendakwa mempertimbangkan kembali permohonan mereka.

Dalam wawancara dengan Reuters yang diterbitkan pada 4 Mac, Najib mengatakan kejatuhan kerajaan yang menggulingkannya bererti beliau kini mengharapkan suasana yang lebih kondusif untuk perbicaraan yang adil.

“Saya menjangkakan bahawa suasana akan lebih kondusif untuk perbicaraan yang adil,” kata Najib.

“Saya tidak menyinggung apa-apa, kerana tidak ada kesimpulan untuk perbicaraan ... Tetapi diharapkan, kamu tahu, saya akan mendapat perbicaraan yang adil,” kata Najib. – 19 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen