SERANGAN dron telah membunuh tujuh orang yang disyaki sebagai anggota al-Qaeda di selatan Yaman, kata pihak keselamatan.
Amerika Syarikat merupakan satu-satunya negara yang menggunakan tentera dron di Yaman.
“Dron yang mungkin milik Amerika” telah membunuh tujuh orang dalam satu malam ketika suspek-suspek itu menaiki tiga kenderaan menuju wilayah tengah Bayda, kata kenyataan itu.
Washington menganggar pusat al-Qaeda Yaman di Semenanjung Arab itu sebagai cabang paling kumpulan bahaya.
Perang dron terhadap AQAP (al-Qaeda in the Peninsula Arab) kian meningkat sejak Presiden AS Donald Trump mengambil alih Rumah Putih.
AQAP telah berkembang pesat ketika huru-hara perang saudara di negara itu yang dicetus antara kerajaan yang dikawal Arab Saudi itu dengan pemberontak Huthi.
Lebih 8,700 orang telah dibunuh dalam konflik itu sejak tentera yang dikepalai Arab Saudi campur tangan pada Mac 2015.
Bulan lalu, AS mendakwa mereka telah membunuh berdozen pemberontak Daesh di pusat latihan di Bayda. – AFP, 26 November, 2017.
Komen