Sri Ram sokong Peguam Negara tentang peranan Thomas dalam perjanjian Riza


Pendakwa Raya Gopal Sri Ram berkata kontroversi mengenai keputusan melepaskan tanpa membebaskan Riza Aziz berhubung tuduhan pengubahan wang haram harus berakhir dengan kenyataan Peguam Negara. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Mei, 2020.

KONTROVERSI mengenai keputusan melepaskan tanpa membebaskan penerbit filem Riza Aziz berhubung tuduhan pengubahan wang haram harus berakhir dengan kenyataan Peguam Negara, kata pendakwa raya Gopal Sri Ram.

“Setelah Peguam Negara membuat pernyataan, itu adalah pengakhiran kepada perkara tersebut ini,”” kata pendakwa raya kes Riza dalam satu pesanan teks kepada The Star.

Permohonan melepaskan tanpa membebaskan Riza dibuat oleh Sri Ram di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. 

Anak tiri bekas perdana menteri Najib Razak itu didakwa dengan lima tuduhan pengubahan wang haram pada 5 Julai 2019 melibatkan dana berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berniali AS$248 juta (RM1.25 bilion). 

Susulan keputusan mahkamah pada 14 Mei untuk menggugurkan tuduhan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan berkata kerajaan dijangka mendapatkan kembali aset luar negara bernilai AS$107.3 juta (RM465.3 juta) sebagai sebahagian daripada persetujuan antara pihak pendakwaan dan Riza.

SPRM berkata ia adalah keputusan yang dipertimbangkan dan dipersetujui oleh bekas Peguam Negara Tommy Thomas.

Thomas bagaimanapun menafikannya pada hari yang sama dan sekali lagi semalam.

Peguam Negara Idrus Harun pagi tadi mengeluarkan kenyataan bahawa Thomas secara prinsipnya bersetuju untuk menerima tawaran Riza Aziz bagi mengkaji semula dakwaan pengubahan wang haram yang dikenakan atasnya. – 17 Mei, 2020.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen