11 kes baharu kluster tabligh Seri Petaling dilapor


Chan Kok Leong

Kluster Seri Petaling merekodkan 2,364 kes, terbesar di negara ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Mei, 2020.

TERDAPAT 11 kes baharu Covid-19 daripada kluster tabligh Seri Petaling, membawa kepada jumlah kes kluster itu kepada 2,364, kata Kementerian Kesihatan.

Setakat 15 Mei, jumlah sampel dikutip daripada kluster itu adalah 38,411.

Kluster tabligh Seri Petaling mula dikesan pada Mac lalu.

Manakala, untuk kluster kedua terbesar- sekolah tahfiz dan madrasah- jumlah kes positif Covid-19 kekal 651 orang.

“Sejumlah 555 (85%) diuji positif walaupun tidak bergejala sementara 96 kes lagi sudah wujud simptom,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah di Putrajaya, hari ini.

KKM sudah menguji 13,288 daripada 19,715 pelajar dan guru daripada 370 sekolah tahfiz seluruh negara.

Daripada kluster pasar, Dr Noor Hisham berkata 28,196 sampel diambil dariada 36,130 individu yang dikenal pasti daripada 331 pasar. Jumlah kes positif adalah 258.

Tambahnya, kluster Pasir Gudang sudah ditutup dengan 15 kes positif dan satu kematian.

“Daripada kluster aktif, terdapat 10 kes daripada Kg Sg Lui, sembilan kes daripada kluster pengawal keselamatan Cheras, dua kes di Pudu dan satu di kluster Pedas (Negeri Sembilan) dan Benus (Pahang).”

Jumlah kes baharu hari ini adalah 36, membawa kepada jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia sebanyak 6,855 dengan 1,304 kes aktif.

14 kes berada dalam ICU dengan lima kes menerima alat bantuan pernafasan.

Jumlah kematian kekal sebanyak 112 orang.

Sementara itu, terdapat tiga kes di Selayang dan Pasar Borong KL yang ditamatkan PKPD hari ini.

Jumlah kes kawasan itu adalah 203 orang, 87 daripada adalah pekerja asing.

Di PKPD Pasar Jalan Othman pula, terdapat penambahan satu kes membawa kepada jumlah kes 21 orang. – 15 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen