Had 20 orang untuk ziarah raya hanya garis panduan, kata KP Kesihatan


Chan Kok Leong

HAD jumlah orang untuk berkumpul pada Hari Raya seramai 20 orang hanyalah garis panduan, kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

“20 adalah jumlah relatif. Sekiranya anda ada pangsapuri yang sangat kecil, ia tidak dapat dilaksanakan,” kata Dr Noor Hisham Abdullah semasa sidang media Covid-19 harian di Putrajaya hari ini.

“Lupakan nombor itu dan patuhi panduan jarak sosial. 20 orang bukan ukuran yang sesuai untuk semua.

“Jika rumah anda mempunyai ruang yang terbatas, nasihatkan anak anda untuk tidak pulang,” katanya.

Dr Noor Hisham menjawab pertanyaan mengenai penyebaran asimtomatik dan apakah ia mendatangkan ancaman semasa hari raya yang akan tiba pada 24 Mei ini.

Sebelum ini Putrajaya mengumumkan bahawa kunjungan Hari Raya hanya dibenarkan untuk hari pertama Aidilfitri.

Bagaimanapun lawatan terhad kepada 20 ahli keluarga terdekat sahaja dan ukuran rumah juga harus dipertimbangkan.

“Jika anda memiliki rumah berketinggian 600 kaki persegi, 20 orang akan terlalu padat,” kata Menteri Kanan (Pertahanan) Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan garis panduan berkenaan. – 15 Mei, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen