Komunikasi dan pengendalian ekonomi lemah punca Pakatan jatuh, kata ahli politik


Chan Kok Leong

KOMUNIKASI dan pengendalian ekonomi yang lemah menyebabkan Pakatan Harapan jatuh, kata ahli panel.

“Walaupun Pakatan sudah mencapai kejayaan seperti reformasi institusi dan penurunan had umur mengundi serta pendaftaran automatik pemilih, mereka juga gagal menandatangani beberapa konvensyen yang dijanjikan dalam manifestonya seperti Statut Rom kerana salah strategi,” kata Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu seminar online IDEAS hari ini.

Ahli Parlimen Setiawangsa itu berkata adalah satu yang mencabar untuk PH memenuhi manifestonya kerana sebilangan menteri tidak mempercayainya.

“Kami memberi tanggapan yang salah bahawa manifesto tidak dapat dilakukan dan ini berlaku di tangan pembangkang,” katanya.

Beliau berkata mereka juga tidak menyelesaikan beberapa masalah ekonomi. – 15 Mei, 2020.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen