BN tak pernah janji tiada lantikan politik dalam GLC, kata pemuda Umno


Chan Kok Leong

BARISAN Nasional tidak pernah berjanji untuk menghentikan pelantikan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC), kata Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan.

“Jangan nilai kami sebegitu. Pelantikan seperti itu adalah keperluan dan kenyataan kerana parti perlu menguruskan politik mereka.

“Lantikan politik tidak semestinya teruk dan perlu dilihat sama ada ia akan mempengaruhi pentadbiran. Sudah tentu pembangkang akan meneliti perkara itu,” kata naib ketua pemuda Umno dalam satu webinar hari ini.

Shahril bagaimanapun menunjukkan bahawa dia tidak selesa dengan pelantikan politik.

Walaupun Pakatan berjanji untuk menamatkan lantikan politik dalam GLC, namun mereka tidak dapat menunaikan janji sepanjang 21 bulan memerintah. 

Shahril menjawab pertanyaan mengenai jumlah lantikan politik yang lebih tinggi dalam GLC di bawah pemerintahan Perikatan Nasional.

Pemimpin Umno itu bercakap dalam seminar online yang dihoskan oleh IDEAS dan dikendalikan oleh Aira Azhari.

Turut berucap ialah Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad. 

Sejak akhir-akhir ini semakin ramai ahli Parlimen PN dilantik untuk mengetuai GLC.

Penganalisis dan pengkritik berkata Muhyiddin perlu menyatakan sokongan kerana kedudukannya sebagai perdana menteri tidak stabil.– 15 Mei, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen