Cuba beri penghormatan kepada Fidel Castro setahun selepas kematiannya


Pelajar sekolah di Cuba memegang poster Fidel Castro sempena sambutan ulang tahun kematian pemimpin Cuba yang pertama di Havana. – Gambar EPA, 26 November, 2017.

KERAJAAN Cuba pada Sabtu memperingati ulang tahun pertama kematian pemimpin revolusi Fidel Castro ketika negara itu beralih kepada era pasca Castro. 

Sejak kematiannya pada usia 90 tahun 25 November tahun lalu, pemintaan Castro diberikan penghormatan. Tiada jalan, bangunan atau dataran yang dinamakan sempena namanya dan tiada tugu atau patung dibina sebagai penghormatan kepadanya. 

Namun susuk tubuh Castro kekal dalam ingatan rakyat Cuba, dan media diihat mengimbas kembali ucapan serta penulisannya setiap hari.

Apa yang paling penting, acara memperingati pemimpin Cuba itu akan diadakan pada sebelah malam di Universiti Havana, di mana Castro sering menyampaikan ucapan panjangnya yang penuh semangat.

Kesatuan Belia Komunis teleha menganjurkan “Malam Kebudayaan Politik” sebagai memperingati kematian “El Comandante”, iaitu gelaran yang diberikan kepada Castro.

Raul Castro, pemimpin berusia 86 tahun yang mengambil alih kuasa daripada abangnya Fidel yang jatuh sakit pada 2006, akan hadir pada acara itu.

Namun kerajaan menjadualkan tiada acara besar-besaran sebagai tanda kematian Fidel, yang memerintah Cuba selama 48 tahun. – AFP, 26 November, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen