Ahli Parlimen jalani saringan Covid-19 


Khoo Gek San

AHLI Parlimen sudah mula menjalani saringan Covid-19 menjelang persidangan Dewan Rakyat Isnin ini.

Saringan yang bermula hari ini akan berlangsung sehingga Jumaat.

Ahli Parlimen DAP Kepong Lim Lip Eng berkata ahli Parlimen diberitahu oleh Parlimen bahawa mereka boleh menjalani saringan menerusi pandu lalu dari jam 9 pagi hingga 3 petang sepanjang dua hari ini.

“Oleh kerana pandu lalu, tidak perlu menunggu lama. Saya sampai di sana pada jam 9 pagi tetapi ada empat kereta lain di depan saya,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan sudah menyiapkan lima stesen pandu lalu dan ahli Parlimen tidak perlu menunggu lama walaupun ada ramai orang.

“Proses hanya mengambil masa lima minit, seorang doktor membantu saya menjalani ujian dan mengambil sampel,” katanya.

Lim menganggarkan bahawa dia akan mendapat keputusan dalam masa 24 jam.

Dewan Rakyat akan bersidang selama sehari pada Isnin ini untuk titah Yang di-Pertuan Agong. – 14 Mei, 2020.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen