Korban serangan masjid di Mesir naik 305 orang, 27 kanak-kanak


Dikatakan seramai 25 sehingga 30 penyerang berambut panjang, berjambang memakai pakaian celoreng dan membawa bendera hitam yang dianggap bendera Kumpulan Negara Islam Syria dan Iraq (IS). 305 termasuk 27 kanak-kanak dilaporkan terkorban. – Gambar AFP, 25 November, 2017.

JUMLAH korban serangan sebuah masjid di Sinai, Mesir meningkat kepada 305 orang termasuk 27 kanak-kanak, kata pendakwa raya pada Sabtu dalam satu kenyataan mengenai pembunuhan kejam itu.

Dikatakan seramai 25 sehingga 30 penyerang berambut panjang, berjambang memakai pakaian celoreng dan membawa bendera hitam yang dianggap bendera Kumpulan Negara Islam Syria dan Iraq (IS).

Mereka mengepung masjid itu dan melepaskan tembakan kepada jemaah pada Jumaat, kata kenyataan itu.

Penyerang tiba dengan lima kenderaan dan membakar tujuh kereta milik jemaah.

Kenyataan itu turut menyebut saksi mendengar tembakan dan letupan sebelum penyerang memasuki masjid. – AFP, 25 November, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen