Trump dakwa tolak gelaran ‘Person of the Year 2017’


Donald Trump menerima gelaran "Person of the Year" 2016 selepas menang pilihan raya Amerika Syarikat. Beliau mendakwa menolak gelaran itu tahun ini, dakwaan yang dinafikan majalah Time. – Gambar AFP, 24 November, 2017.

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat mengatakan beliau menolak dinamakan sebagai “Person of the Year” dianugerahkan majalan Time selepas majalah itu memintanya untuk diwawancara dan sesi bergambar tetapi tidak mengesahkan beliau akan dipilih.

Beliau menulis di akaun Twitternya:

Majalah Time sebagai tindak balas menulis menerusi akaun Twitternya:

Majalah itu memberikan penghormatan gelaran itu kepada sesiapa yang “untuk kebaikan atau keburukan…melakukan sesuatu untuk mempengaruhi kejadian sepanjang tahun.”

Trump dinamakan “Person of the Year” majalah itu pada 2016 selepas pilihan raya, dalam edisi majalah itu yang bertajuk “President of the Divided States of America.”

Bekas taikun hartanah itu dikatakan mendambakan penghormatan itu, dan merugut di Twitter pada 2012,2014 dan 2015 kerana tidak dipilih. – AFP, 25 November, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen