Sekat media di Dewan Rakyat jadikan Malaysia 'bahan ketawa', kata Kit Siang


Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang berkata sidang selama sehari sahaja sudah cukup menjadikan Parlimen seperti satu jenaka. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Mei, 2020.

KEBENARAN membuat liputan sidang  Dewan Rakyat pada 18 April ini hanya kepada media kerajaan sekali lagi akan menjadikan Malaysia “bahan ketawa” satu dunia, kata Lim Kit Siang.

Veterean DAP itu berkata ia hanyalah satu cubaan untuk melanjutkan sekatan yang sedang dikenakan kepada kuasa dan tanggungjawab Parlimen daripada dilihat oleh seluruh negara dan dunia.

Sidang selama sehari yang tidak masuk akal sudah cukup buruk, dan arahan membenarkan hanya petugas media dari Bernama dan RTM membuat liputan ibarat menambah “garam kepada luka”, tambah beliau yang juga ahli Parlimen Iskandar Puteri.

“Ia akan menjadi permulaan cubaan untuk menyekat kebebasan media dan perhubungan di dalam negara. 

“Saya tidak percaya yang ianya mustahil untuk memenuhi permintaan pihak media untuk diberikan akses penuh liputan Parlimen dan pada masa yang sama mematuhi penjarakan sosial.

“Oleh itu, saya seru pihak Parlimen untuk berbincang dengan pihak media untuk membolehkan liputan Parlimen pada 18 Mei ini tidak bergantung sepenuhnya kepada ‘media rasmi’,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan semasa taklimat mengenai agenda sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.

Beliau berkata pihak media lain boleh kemuka rayuan kepada speaker kerana ianya bukan kuasa pihak kerajaan.

Parlimen sepatunya bersidang selama 15 hari bermula 18 Mei ini tetapi wabak Covid-19 memaksa ia dijalankan hanya sehari sahaja. – 13 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen