SEBUAH Mahkamah Tinggi Zimbabwe mengeluarkan penghakiman yang pengambil alihan dilakukan tentera sehingga menyebabkan penyingkiran Robert Mugabe sah di sisi undang-undang, serta merta menimbulkan kebimbangan tentang kebebasan judisari di bawah pentadbiran baru negara itu.
Ketua tentera meletakkan kenderaan tentera di jalan sekitar Harare dan menahan pemimpin veteran itu yang berusia 93 tahun di rumahnya sebelum dia meletakkan jawatan Selasa lalu.
Ramai rakyat Zimbabwe meraikan berakhirnya pemerintahan Mugabe selama 37 tahun itu, tetapi wujud kebimbangan yang kerajaan baru dipimpin Presiden Emmerson Mnangagwa juga akan menjadi rejim autokratik.
“Tindakan Pasukan Pertahanan Zimbabwe menghentikan salah guna kuasa mereka yang rapat dengan bekas Presiden Robert Mugabe berperlembagaan,” lapor media negara itu ZBC memetik keputusan mahkamah.
Merujuk kepada isteri Mugabe, Grace dan penyokongnya, mahkamah mengeluarkan penghakiman pada Jumaat yang pengambil alihan itu “bagi memastikan individu tidak dipilih tidak berkuasa ke atas mereka yang memilih”.
Grace dituduh berusaha menjadi pewaris pentadbiran Mugabe, menyebabkan tentera masuk campur untuk meletakkan calon pilihan mereka, Mnangagwa.
Mnangagwa mengangkat sumpah pada Jumaat, berikrar melakukan perubahan menyeluruh seluruh negara dan menarik pelaburan asing ke dalam negara yang runtuh ekonomi itu.
Beliau menggunakan ucapan pelantikannya untuk memuji Mugabe, menyifatkan pemimpin itu sebagai “salah seorang pengasas negara kita”.
Selain itu, mahkamah turut mengeluarkan penghakiman yang pemecatan Mnangagwa selaku naib presiden sebelum itu tidak sah menyebabkan Human Rights Watch mempersoalkan kebebasan mahkamah.
“Dua penghakiman yang menakjubkan,” kata Pengarah HRW Afrika Dewa Mavhinga di Twitternya.
“Pelik, judisari tertawan?” – AFP, 25 November, 2017.
Komen