PRESIDEN Argentina Mauricio Marci mengarahkan siasatan dilakukan bagi mencari punca kapal selam negara itu, San Juan hilang bersama-sama 44 kru untuk mengetahui kebenarannya.
“Kapal selam berusia 34 tahun ini sudah dipulihkan dan dalam keadaan sempurna. Saya berpegang kepada kebenaran. Tragedi ini memerlukan siasatan mendalam untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku,” kata Marci.
Cara tentera laut mengendalikan kapal selam terbabit dikritik hebat, selepas laporan pertama operasinya tidak dilakukan tepat pada masanya di pangkalan Mar del Plata pada 16 November lalu.
Tentera laut mengambil masa beberapa hari untuk melaporkan San Juan mengalami masalah bateri dalam komunikasi terakhirnya pada 15 November lalu.
Hanya pada Khamis lalu tentera laut melaporkan berlaku letupan dalam kapal dan pakar berkata, ia mungkin ada kaitan dengan masalah bateri.
“Selagi kita tidak mempunyai maklumat lengkap, kita tidak akan menuding jari. Kita perlu memastikan apa yang berlaku dan mengapa ia berlaku,” kata Macri. – AFP, 25 November, 2017.
Komen