Atur perlawanan untuk bayar gaji sendiri, 8 pemain Indonesia dihukum


Ahli pasukan Siliwangi Bandung, pasukan dalam Liga Bola Keranjang Indonesia disabitkan kesalahan merancang sekurang-kurangnya empat perlawanan musim lepas. – Gambar EPA pic, 24 November, 2017.

LAPAN pemain bola keranjang profesional dan seorang pegawai pasukan dijatuhkan hukuman pengharaman seumur hidup kerana merancang perlawanan untuk membayar gaji mereka sendiri.

Ahli pasukan Siliwangi Bandung, salah sebuah pasukan dalam Liga Bola Keranjang Indonesia dikenakan tindakan itu minggu ini selepas disabitkan kesalahan merancang sekurang-kurangnya empat perlawanan musim lepas.

Ia adalah kes merancang perlawanan sukan bola keranjang pertama dalam negara yang dipenuhi skandal rasuah itu, walaupun beberapa kes serupa pernah dilaporkan dalam sukan terkenal negara itu, bola sepak dan badminton.

“Apa yang mereka lakukan tidak boleh diterima,” kata Pesuruhjaya Liga Bola Keranjang Indonesia Hasan Gozali dalam satu kenyataan pada Khamis.

Media tempatan mengatakan pemain itu- yang tidak menerima gaji penuh mereka- menipu supaya kaki judi boleh bertaruh keputusan perlawanan, dan mereka terlibat berkongsi keuntungan itu.

Tidak jelas berapa banyak wang sudah dikumpul menerusi penipuan itu.

Danny Kosasih, pengerusi Persekutuan Bola Keranjang Indonesia yang bertanggungjawab mengeluarkan keputusan itu enggan mengulas punca pemain itu merancang perlawanan.

“Jika ada orang curi wang kerana dia tak boleh beli makanan, adakah kita panggil dia tak bersalah?” katanya.

“Ada orang berikan kami rakaman perbulanan mengenai rancangan mengatur perlawanan. Kami tanya pemain dan mereka mengaku,” tambahnya.

Bekas pemilik pasukan, Dennis Depriadi mengakui pasukan itu bergelut dengan masalah kewangan.

“Aliran tunai kami bermasalah kerana beberapa bayaran (daripada penaja) tidak dibuat ikut jadual,” katanya kepada AFP.

Siliwangi yang berpangkalan di Bandung hanya menang empat daripada 14 perlawanan musim lepas, menjadikannya antara pasukan tercorot liga. – AFP, 24 November, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen