TIMBALAN Ketua Menteri Sarawak I Douglas Uggah Embas menyelar “berita palsu” yang tular di media sosial mengatakan beliau baru-baru ini “berselisih pendapat” dengan James Masing berkenaan isu hak tanah adat (NCR).
“Henti menyebarkannya,” Unggah berkata ketika ditanya mengenai posting Facebook oleh “Joe Tawie” selepas merasmikan laman web homestay Dayak Chamber of Commerce dan Industry (DCCI) di Kuching hari ini.
“James (Masing) juga menafikannya. Jadi hentikan berita palsu ini.”
Beliau berkata dakwaan “perselihan” itu telah menyebabkan masyarakat Dayak dalam dilema.
Semalam, Masing berkata posting itu hanya spekulasi. – 24 November, 2017.
Komen