MKN akan kaji semula SOP dan ketatkan peraturan, kata menteri


Alfian Z.M. Tahir

MAJLIS Keselamatan Negara akan mengkaji prosedur operasi standardnya yang ada dan mungkin memperketat peraturan selepas ada kes orang yang dikuarantin melarikan diri dari pusat.

Menteri Kanan Ismail Sabri berkata MKN akan mengkaji kejadian terbaru di mana 80 warga asing yang dikuarantin melarikan diri.

“Sebelum ini dua lelaki melarikan diri dari dari Mansion Selangor dan mereka sudah ditahan. Kali ini polis akan pastikan dapat menangkap mereka juga.

“MKN akan melihat kes ini dengan serius. Mereka mungkin perlu mengubah SOP dan memperketatkan peraturan,” katanya. 

Akhbar The Star hari ini melaporkan tujuh warga Indonesia dan Bangladesh melarikan diri dari pusat kuarantin di Kuala Lumpur, merupakan kejadian kedua di tempat tersebut.

Kumpulan itu yang tinggal bersama pesakit Covid-19 disyaki di Mansion Selangor, Menara City One dan Kg Baru diarahkan menjalani kuarantin sehingga esok.

Doktor mendapati mereka hilang pada jam 10 pagi semalam.

Warga asing itu didapati memotong pagar pusat kuarantin itu ketika sahur untuk melarikan diri.

Sehingga kini mereka masih belum dijumpai.

Pada Sabtu seorang lelaki Bangladesh melarikan diri dari pusat yang sama. Dia juga masih belum dapat dikesan. – 6 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen