15 kanak-kanak New York hidap penyakit misteri berkait koronavirus


Gambar sekadar hiasan. Lima belas kanak-kanak lima tahun ke bawah dimasukkan ke hospital di New York akibat penyakit radang paru-paru yang jarang berlaku kemungkinan ada kaitan dengan koronavirus. – Gambar EPA, 6 Mei, 2020.

LIMA belas kanak-kanak dimasukkan ke hospital di New York akibat penyakit radang paru-paru yang jarang berlaku kemungkinan ada kaitan dengan koronavirus, kata pegawai kesihatan semalam.

Penyakit Kawasaki adalah penyakit misteri yang menyerang kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah dan menyebabkan radang pada saluran darah yang membawa kepada demam, ruam, kulit mengelupas dan sakit sendi.

Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan Britain (NHS) mula memberi amaran peningkatan kes jangkitan koronavirus dalam kalangan kanak-kanak bulan lalu, berkenaan penyakit yang ciri-cirinya bertindan antara penyakit Kawasaki atipikal dan Sindrom kejutan toksik (Toxic shock syndrome).

Perancis juga melaporkan beberapa kes serupa.

Bagaimanapun, banyak kes dilaporkan sembuh tanpa masalah serius.

Jabatan kesihatan New York berkata sebanyak 15 kes dikesan membabitkan kanak-kanak berusia dua tahun dan 15 lagi yang menunjukkan gejala penyakit Kawasaki.

“Ini sudah cukup membimbangkan,” kata Datuk Bandar New York Bill de Blasio kepada pemberita.

Daripada jumlah itu, empat pesakit disahkan positif Covid-19, menurut kenyataan jabatan kesihatan.

Enam pesakit yang diuji negatif Covid-19 didapati mempunyai antibodi, menunjukkan mereka sebelum ini dijangkiti virus itu.

Lebih separuh daripada pesakit berkenaan menghadapi masalah tekanan darah manakala lima memerlukan bantuan alat pernafasan. Bagaimanapun, tiada kematian dilaporkan, tambah kenyataan itu.

Kesemua pesakit mengalami demam, manakala separuh lagi mengalami ruam, sakit perut, muntah-muntah atau cirit-birit.

Pesuruhjaya Kesihatan New York Dr Oxiris Barbot berkata beberapa kes turut dikesan di Boston dan Philadelphia.

“Kami belum dapat pastikan lagi tindakan seterusnya. Kami masih belajar mengenai Covid-19 ini,” katanya.

Tambah beliau, penyakit Kawasaki melibatkan intravena imunoglobulin dan aspirin. – AFP, 6 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen