Majikan tak carum Sosco perlu tanggung kos saringan Covid-19, kata menteri


Ragananthini Vethasalam

Seorang pekerja menjalani saringan Covid-19 di Kota Kinabalu, Sabah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Mei, 2020.

MAJIKAN pekerja warga asing yang tidak membuat caruman kepada Perkeso perlu menanggung kos pemeriksaan Covid-19 untuk pekerjanya, kata Menteri Sumber Manusia M Saravanan.

Pekerja asing termasuk ekspatriat kini perlu menjalani saringan Covid-19.

“Kami menegaskan bahawa semua warga asing perlu menjalani pemeriksaan tetapi mereka yang mencarum dalam Perkeso akan dihantar ke klinik panel kami. Bagi mereka yang tidak mencarum, majikan perlu menanggung kos berkenaan.

“Saranan saya adalah kepada industri yang mempunyai pekerja asing untuk memastikan mereka mendaftar dengan Perkeso,” katanya kepada The Malaysian Insight. 

Beliau berkata ini bagi membolehkan perniagaan menerima normal baharu selepas pandemik Covid-19.

Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob pada Isnin berkata bahawa pekerja asing di semua sektor mesti menjalani ujian Covid-19.

Menurutnya Majlis Keselamatan Negara memutuskan pemeriksaan itu wajib dibuat selepas 27 pekerja asing di sebuah tapak pembinaan di Jalan Ampang diuji positif virus berkenaan.

“Dalam mesyuarat hari ini diputuskan bahawa pekerja asing di semua sektor seperti pembinaan, pembuatan dan komersial termasuk restoran wajib menjalani ujian Covid-19,” katanya pada sidang media harian berkaitan koronavirus hari ini.

Katanya, kos ujian akan ditanggung oleh majikan.

Kumpulan perniagaan sebelum ini berkata terdapat kelewatan dalam proses saringan. – 5 Mei, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen