Kelantan tangguh PKPB, kata MB


Menteri Besar Kelantan Ahmad Yaakob berkata negeri itu akan membincangkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat pada Khamis ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Mei, 2020.

KELANTAN menangguhkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang membolehkan kebanyakan sektor ekonomi beroperasi semula esok.

Menteri Besar Kelantan Ahmad Yaakob berkata perkara itu akan dibincangkan pada Khamis dan sehingga keputusan dibuat, syarat-syarat PKP tetap berkuatkuasa di negeri ini.

“Kerajaan negeri merasakan garis panduan mengenai PKPB perlu diperhalusi lebih lanjut dan disesuaikan untuk digunakan di Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kelantan masih merupakan zon hijau tanpa kes Covid-19.

Kelantan menjadi negeri terbaru yang menolak atau menangguhkan kelonggaran yang diberi oleh Putrajaya terhadap perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula esok.

Kedah, Sabah, Sarawak dan Pahang hari ini berkata tidak akan mengikut kelonggaran yang diberi oleh Putrajaya.

Selangor dan Negeri Sembilan pula hanya akan membenarkan sebilangan peniagaan beroperasi mulai esok sementara Pulau Pinang menangguhkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) sehingga Jumaat ini (8 Mei). – 3 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen