Mugabe diberi jaminan keselamatan untuk terus tinggal di Zimbabwe 


Bekas presiden Zimbabwe, Robert Mugabe meletakkan jawatan selepas krisis kuasa yang melanda kepimpinan negara itu. Mugabe sebelum ini bertindak memecat naib presidennya Emmerson Mnangagwa yang mana akan mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Zimbabwe pada Jumaat.– Gambar EPA 23 November, 2017.

BEKAS presiden Zimbabwe, Robert Mugabe diberi jaminan imuniti daripada pendakwaan dan jaminan keselamatannya terjamin di negara kelahirannya itu sebagai sebahagian daripada perjanjian yang membawa kepada eletakan jawatannya, menurut sumber terdekat rundingan itu pada Khamis, lapor Reuters. 

Mugabe, yang memimpin Zimbabwe selepas merdeka pada tahun 1980, meletakkan jawatan pada Selasa selepas rampasan kuasa tentera dan parti pemerintah menentangnya.

Bekas naib presiden Zimbabwe, Emmerson Mnangagwa dipecat oleh Mugabe awal bulan ini, akan mengangkat sumpah sebagai presiden pada Jumaat. 

Sumber kerajaan berkata, Mugabe yang berusia 93 tahun memberitahu dalam rundingan itu, beliau mahu mati di Zimbabwe dan tiada rancangan untuk hidup dalam pengasingan. 

“Beliau sangat beremosi dalam membuat keputusan itu secara terpaksa,” kata sumber terbabit yang tidak dibenarkan untuk bercakap mengenai butiran rundingan itu. 

“Baginya, apa yang penting adalah jaminan keselamatan untuk terus tinggal di negar itu, walaupun ia tidak menghalangnya ke luar negara apabila beliau mahu,” katanya. 

Mugabe meletakkan jawatan pada Selasa ketika parlimen memulakan prosiding pemecatannya, yang mencetuskan sambutan meriah di jalan raya. Kejatuhannya selepas 37 tahun memegang kuasa dicetuskan oleh pertikaian untuk menggantikannya selepas Mugabe merancang untuk menggantikan jawatannya dengan isteri mudanya Grace. 

“Bekas presiden itu jelas menyedari kebencian orang ramai terhadap isterinya, kemarahan itu termasuklah tentang cara dia membawa dirinya dan mendekati parti politik ZANU-PF,” kata sumber kedua. 

“Sehubungan itu, menjadi keperluan untuk memastikan beliau dan seluruh keluarganya, termasuk isteri, akan selamat.”

Mugabe berpegaang teguh kepada kuasa selama seminggu selepas campur tangan tentera. Tidakan itu menimbulkan kemarahan rakyat Zimbabwe apabila beliau tidak mengumumkan peletakan jawatan di televisyen sebagaimana yang dijangkakan orang ramai. 

Sumber kerajaan berkata titik kritikal bagi dirinya adalah kesedaran bahawa dia akan dicabar dan digulingkan dengan cara yang tidak bermoral.

“Apabila proses itu bermula, barulah beliau menyedari kehilangan parti,” kata sumber itu. – 23 November, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen