Longgar PKP perlu lebih persediaan, kata petugas kesihatan


The Malaysian Insight

Rakyat memerlukan sekurang-kurangnya seminggu untuk mempersiapkan diri dan melaksanakan SOP baharu sebaik sahaja sekatan pergerakan dilonggarkan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Mei, 2020.

RAKYAT Malaysia memerlukan lebih daripada dua hari untuk menyesuaikan diri dengan prosedur baru di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilonggarkan, kata kumpulan sivil dan profesional kesihatan.

Dalam petisyen ditandatangani oleh 359 doktor, kumpulan dan bekas pesakit Covid-19, mereka berkata Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya seminggu untuk mempersiapkan diri dan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) baharu sebaik sahaja sekatan pergerakan dilonggarkan.

Lebih baik jika kelonggaran itu dilaksanakan pada 13 Mei dan bukannya 4 Mei seperti diumumkan kerajaan Perikatan Nasional semalam.

Tempoh PKP yang berlangsung selama enam minggu berjaya mencegah jangkitan Covid-19 daripada menjadi tidak terkawal di Malaysia.

Namun, ia boleh digagalkan jika rakyat Malaysia tidak diberi cukup waktu untuk mempersiapkan diri dengan norma tingkah laku baharu selepas sekatan PKP dilonggarkan dan sebahagian besar ekonomi dibuka, kata mereka.

“Kita perlu secara beransur-ansur melonggarkan sekatan dan memastikan dapat kembali untuk hidup, bekerja dan membina semula,” kata mereka dalam satu kenyataan yang dikeluarkan bagi pihak mereka oleh badan pemikir Galen Center for Health and Social Policy.

“Namun, kami bimbang pencapaian ini mungkin gagal jika tiada cukup waktu untuk memastikan rakyat cukup bersedia untuk melindungi diri, keluarga, tempat kerja dan masyarakat.

“Terdapat risiko nyata gelombang seterusnya bagi jangkitan Covid-19 akibat ketidakpatuhan dan salah faham mengenai SOP kerana kurangnya waktu persiapan.” – 2 Mei, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen