Masa untuk bank membantu rakyat


BERITA semalam amat menggemparkan apabila Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan kenyataan bagi moratorium bagi sewa beli dan perbankan Islam.

Aset yang paling senang apabila kita berbincang mengenai sewa beli ialah pinjaman kereta kerana kebanyakkan rakyat Malaysia mempunyai kereta. Manakala perbankan Islam ialah apabila seseorang itu memilih alternatif selain daripada perbankan konvensional atas sebab-sebab tertentu.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh BNM pada 30 April itu secara mudahnya menyampaikan bahawa rakyat kini harus membayar lebih bagi pinjaman kereta/pembiayaan Islam mereka selepas tempoh moratorium walaupun sebelum ini, BNM telah mengeluarkan kenyataan bahawa bank tidak akan mengenakan caj tambahan selepas proses 6 bulan moratorium ini.

Ini bermaksud kadar bunga bagi kereta anda tidak akan berjalan bagi tempoh ini. Contohnya sebelum ini hutang kereta MYvi anda tinggal RM20,000, selepas 6 bulan ini anda akan sambung bayar dari jumlah RM20,000.

Bayangkan anda membayar RM100  untuk kereta MYvi anda dengan kadar bunga 1%, maksudnya anda membayar RM1 sebagai bunga dan membayar RM99 bagi jumlah prinsipnya. Selepas moratorium anda akan membayar jumlah bulanan yang sama iaitu RM100 sebulan.

Namun, mengikut keyataan baru BNM, kadar bunga bagi kereta anda masih berjalan seperti biasa. Jika bulan pertama anda tidak membayar pinjaman RM100 ia akan dibawa ke bulan kedua.

Maksudnya pada bulan kedua ada harus membayar kadar faedah kepada jumlah tertunggak sebanyak RM200. Kadar bunga 1% dikenakan kepada RM200, jadi anda harus membayar kadar bunga RM2.

Jadi secara mudahnya anda akan membayar lebih selepas ini setiap bulan kerana ia akan dikira berdasarkan jumlah yang tertunggak atau kompaun kadar bunga. 
Ini kerana bank masih menggunakan jumlah tempoh pembayaran yang sama berdasarakan tempoh yang dipesetujui semasa anda mengambil pinjaman.

Ramai rakyat yang terkesan akibat daripada Covid-19, dan ramai yang tidak akan mempunyai kerja selepas tempoh MCO ini tamat.

Berdasarkan statistik dari BNM, peratus pengangguran rakyat akan meningkat kepada 4%. Jadi, patutkan rakyat dibebankan dengan bebanan seperti ini?

Ramai rakyat yang akan kehilangan pekerjaan dan terpaksa mengambil potongan gaji. Bagaimana rakyat harus tetap membayar kompaun faedah dan ansuran yang lebih tinggi dalam keadaan mereka yang tidak menentu?

Kebanyakan rakyat sudah merasa susahnya untuk menyediakan makanan untuk keluarga pada ketika ini, di mana mereka harus mendapatkan wang bagi membayar semua kos ini?

Berdasarkan Kajian Kestabilan Kewangan bagi separuh kedua, BNM telah mengumukan bahawa sistem kewangan Malaysia kekal berdaya tahan di bawah keadaan ekonomi di waktu yang kritikal.

Sektor perbankan mampu menahan tekanan yang melampau dengan tahan modal dan pendapatan yang mencukup untuk menyerap potensi dan kerugian dan dapat menyokong aktiviti pinjaman.

Selain dari itu, penyangga modal bank dan syarikat insurans mempunyai jumlah lebih dua kali ganda penampaan jika dibanding dengan krisis kewangan pada tahan 2008 dengan jumlah RM121 bilion dan RM23.6 billion masing-masing.

Secara mudahnya bank mampu untuk menanggung kesan dari 6 bulan moratorium ini, walaupun ia akan memberikan kesan kepada jumlah keuntungan bagi bank bagi tahun ini.

Sudah bertahun-tahun bank mengaut keuntungan berbilion-bilion, mungkinkah waktu ini ialah waktu yang terbaik bagi mereka membantu meringankan beban rakyat?

Kerajaan harus campur tangan dalam urusan ini dan membantu rakyat pada ketika waktu yang genting ini.

Jika bank memilih untuk memberi kompaun pada kadar faedah, ramai rakyat yang telah terbeban akan lebih menderita.

Tolonglah rakyat yang hanya meminta agar tempoh 6 bulan ini pinjaman bank tidak akan dikenakan sebarang kadar bunga, agar kami tidak membayar jumlah kadar bulalanan yang lebih tinggi selepas ini.

Kami tidak meminta bulan dan bintang namun hanya jika beban kami dikurangkan sedikit pada tempoh yang kritikal ini.

Cadangan saya adalah seperti di bawah:

  1. Kerajaan haruslah mengambil tindakan yang cepat dan tegas. Parlimen perlu bersidang dan mengambil keputusan untuk tidak mengenakan kompaun bagi kadar bunga bagi semua bank di Malaysia.
  2. Kementerian Kewangan harus mengeluarkan arahan supaya bank-bank di Malaysia meminda kontrak pinjaman dengan rakyat dengan memanjangkan jangka hayat moratorium dari 6 bulan ke 9 bulan dan tidak mengenakan kadar faedah semasa tempoh moratorium ini.– 1 Mei, 2020.

* Sophie Shakur, pembaca The Malaysian Insight.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen