WARGA Malaysia dibenarkan untuk bersenam dan bersukan sekali lagi namun perlu mengikut garis panduan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 4 Mei.
Perdana Menteri Muhiyiddin Yassin hari ini mengumumkan perkara itu dalam perutusan khas sempena Hari Pekerja.
Sukan yang melibatkan ramai orang, dan perlu kontak fizikal dan ciri lain yang boleh meningkatkan risiko jangkitan tetap tidak dibenarkan, katanya.
“Aktiviti-aktiviti sukan yang melibatkan perhimpunan ramai, sentuhan badan dan lain-lain risiko jangkitan juga tidak dibenarkan. Ini termasuk sukan bola sepak, ragbi, renang dan semua acara sukan indoor dan stadium” katanya.
Bagaimanapun, sukan badminton atau serupa seperti tenis dibenarkan dengan syarat ia dilakukan tanpa penonton.
Dia berkata sukan luar yang tidak melibatkan hubungan badan dan perhimpunan besar-besaran adalah dibenarkan. “
“Joging, kayuhan basikal, golf dan larian dalam kumpulan kecil tidak melebihi 10 orang juga dibenarkan dengan syarat anda mengamalkan penjarakan sosial dan elakkan sentuhan badan.”
Semua bentuk perhimpunan sosial bagaimanapun masih dilarang. Ia termasuk untuk kenduri, rumah terbuka, konsert dan persembahan kebudayaan dan perjumpaan kerja seperti perhimpunan bulanan kerajaan dan semua bentuk majlis perasmian majlis dan kongres.
Beliau jugs turut mengatakan bahawa aktiviti keagamaan seperti perbarisan dan berjemaah untuk solat dan beribadah di masjid, kuil dan gereja adalah dilarang. – 1 Mei 2020.
Komen