KEDAH menjadi negeri ketiga yang bebas jangkitan Covid-19, selepas melaporkan tiada kes aktif pada tengah hari semalam, menurut infografik Kementerian Kesihatan.
Tiada kes aktif yang dilaporkan di semua 11 daerah.
Negeri itu setakat ini melaporkan sebanyak 95 kes.
Semalam, Kelantan, menjadi negeri kedua yang melaporkan tiada kes aktif, selepas Perlis.
Sementara itu, Beluran di Sabah bukan lagi berstatus zon hijau selepas melaporkan satu kes positif.
Jumlah daerah dengan kes aktif di zon merah kekal sebanyak 12 sementara zon kuning menurun kepada 57 berbanding 61 dan zon hijau bertambah kepada 88 daripada 85.
Lembah Pantai kekal sebagai kawasan dengan jumlah jangkitan tertinggi untuk hari ke-26 berturut-turut dengan 762 kes di mana 293 adalah jangkitan aktif.
Pengkategorian zon merah adalah bagi kawasan yang mempunyai lebih 41 kes, zon oren (20 hingga 40 kes), zon kuning (satu hingga 19 kes) dan zon hijau (tiada kes).
Jumlah keseluruhan jangkitan nnegara sebanyak 5,945, dengan 1,758 kes aktif.
Sementara itu, pandemik Covid-19 setakat ini sudah meragut 100 nyawa di negara ini. – 30 April, 2020.

Komen