JENAYAH siber di Selangor meningkat kepada 249 kes sejak 1 April sehingga semalam berbanding 193 kes yang dicatatkan bagi tempoh sama tahun lepas.
Jurucakap Khas Op Covid-19 Polis Selangor, ACP Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata peningkatan kes itu melibatkan kerugian RM6.7 juta berbanding RM14.4 juta bagi tempoh sama pada 2019.
Beliau berkata, walaupun jumlah kes jenayah siber menunjukkan peningkatan, namun nilai kerugiannya mencatatkan penurunan.
Mengulas lanjut, beliau berkata, peningkatan kes itu berpunca daripada bertambahnya transaksi pembelian secara dalam talian berikutan kaedah membeli barangan secara fizikal sukar dilakukan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini. – Bernama, 28 April, 2020.
Komen