SEBILANGAN besar ahli Parlimen Pakatan Harapan masih belum menerima sebarang bakul makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk diedarkan kepada golongan kurang bernasib baik yang terjejas akibat perintah kawalan pergerakan (PKP), dedah satu seminar atas talian malam tadi.
Menerusi Jom Channel di Facebook malam tadi, ahli Parlimen Balik Pulau Muhammad Bakhtiar Wan Chik, ahli Parlimen Lumut Dr Hatta Ramli dan ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir masing-masing berkata mereka tidak menerima bakul makanan dan perlu mencari kaedah lain untuk membantu golongan miskin berdepan kesan wabak Covid-19.
Moderator Hannah Yeoh yang merupakan ahli Parlimen Segambut berkata beliau hanya menerima 250 daripada 1,000 bungkusan makanan yang dijanjikan.
Menurutnya keadaan itu menjadi perkara biasa dalam kalangan ahli Parlimen pembangkang.
Sehingga Ahad lalu seramai 63 ahli Parlimen Pakatan Harapan menerima bakul makanan daripada kerajaan, menurut laporan Yeoh yang merupakan bekas timbalan menteri pembangunan, wanita, keluarga dan masyarakat.
Hatta berkata ahli Parlimen juga berdepan masalah menerima bakul makanan daripada Badan Pengurusan Bencana Nasional (Nadma) dan perlu bergantung pada bantuan daripada NGO dan hasil kutipan wang daripada wakil rakyat untuk mengedarkan bungkusan makanan.
“Ini tidak seharusnya terjadi semasa PKP. Terdapat campur tangan politik, birokrasi dan karenah yang tidak perlu,” kata bekas timbalan menteri pembangunan usahawan ini.
Beliau berkata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berjanji akan berlaku adil dalam pengedaran makanan.
“Namun tindakan baru-baru ini menunjukkan kerajaan lebih mementingkan politik dari kepentingan umum,” katanya.
Hatta berkata beberapa ahli Parlimen mendapati bungkusan makanan yang dimaksudkan mereka sudah disimpan selama lebih seminggu.
“Ini sama sekali tidak adil. Saya tidak berpuas hati dengan apa yang terjadi,” katanya. – 28 April, 2020.
Berita penuh di sini.
Komen