HILIR Perak selepas Rembau menjadi zon merah yang melaporkan tiada kes aktif Covid-19, menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat tengah hari semalam.
Daerah di Perak itu merekodkan sejumlah 65 kes jangkitan.
Secara keseluruhan, 68 daerah di seluruh negara melaporkan tiada kes aktif.
Lima zon merah iaitu Kinta, Kota Baru, Sepang, Hulu Selangor dan Lahad Datu masing-masing melaporkan kurang 10 kes aktif.
Zon merah ialah kawasan yang melaporkan 41 kes jangkitan koronavirus, oren (20 hingga 40), kuning (1 hingga 19) dan hijau (0).
Lembah Pantai di Kuala Lumpur kekal sebagai zon merah dengan kes paling banyak untuk 24 hari berturut-turut. Ia melaporkan 742 kes jangkitan, di mana 280 masih aktif.
Di seluruh negara, 5,780 kes jangkitan dilaporkan, dengan 1,820 daripadanya kes aktif.
Tanpa kematian dilaporkan semalam, jumlah mangsa maut kerana Covid-19 kekal 98. – 27 April, 2020.
Komen