UMAT Islam di kawasan perintah pengurungan di Masjid India di Kuala Lumpur pasrah apabila mereka perlu menjalani Ramadan dalam keadaan sunyi pada tahun ini disebabkan wabak Covid-19.
Mereka berkata, tahun ini mereka tidak dapat bersolat di masjid ikonik di kawasan itu dan tidak dapat berbuka puasa bersama rakan dan keluarga disebabkan perintah pengurungan yang dikuatkuasakan setelah banyak jangkitan Covid-19 dikesan di kawasan berkenaan.
Mereka juga merindui orang ramai, suasana bising dan suasana karnival di kawasan yang terkenal dengan bazar Ramadan tahunannya.
Tahun ini Covid-19 membatalkan semuanya dan keadaannya lebih teruk bagi penduduk Masjid India apabila mereka diletakkan dalam perintah pengurungan sepenuhnya.
Tajuddin Farook yang tinggal di Mansion Selangor selama enam tahun berkata dia lebih mementingkan solat dan kewajipan sebagai seorang Muslim sepanjang bulan Ramadan ini.
Menurutnya pada tahun ini merupakan Ramadan pertama dia tidak dapat menunaikan solat Terawih di masjid.
Katanya bersolat di rumah tidak memberikan kegembiraan dan keberkatan yang sama dengan bersolat di masjid pada Ramadan.
“Solat Terawih itu istimewa kerana dibuat pada Ramadan dan selama bertahun-tahun saya ke masjid untuk bersolat.
“Mereka kata lebih berkat jika bersembahyang berjemaah di masjid,” katanya yang berusia 52 tahun.
Namun dia memahami kerana pandemik Covid-19 dan dengan adanya perintah kawalan pergerakan dipertingkatkan (PKPD) di kawasan itu, ia sesuatu yang perlu dia korbankan pada tahun ini. – 25 April, 2020.
Berita penuh di sini.
Komen