SEBANYAK 64 daerah di Malaysia melaporkan sifar kes jangkitan Covid-19 sehingga tengah hari semalam, menurut infografik Kementerian Kesihatan.
Ini adalah pertambahan daripada 56 daerah pada hari sebelumnya.
Rembau di Negeri Sembilan, yang dulunya dikategorikan sebagai zon merah dengan jumlah 53 kes, kini tidak mempunyai kes aktif.
Bilangan zon kuning juga berkurangan dengan sebahagian daripadanya kini dikategorikan sebagai zon hijau.
Sehingga tengah hari semalam, terdapat 63 daerah dengan kurang 20 kes aktif berbanding 71 pada hari sebelumnya.
Hilir Perak, Kinta, Lahad Datu dan Kota Baru, yang merupakan zon merah, kini melaporkan kes Covid-19 aktif dalam satu digit.
Sementara itu, 13 daerah terus melaporkan lebih 41 kes aktif.
Negeri yang tidak melaporkan jangkitan baru di semua daerahnya dalam 14 hari berpotensi untuk dikategorikan sebagai zon hijau.
Lembah Pantai di Kuala Lumpur kekal sebagai daerah dengan jumlah kes Covid-19 tertinggi iaitu 634 kes, dengan 347 kes aktif.
Berdasarkan jumlah kes kumulatif, terdapat 30 daerah yang dikategorikan sebagai zon merah.
Kesemua daerah ini melaporkan lebih 41 kes.
Malaysia semalam melaporkan 5,482 jangkitan dengan 2,041 kes aktif.
Angka kematian adalah 92 orang. – 22 April, 2020.
Komen