Gunung Agung muntahkan asap, debu cetus kebimbangan 


Gunung Agung yang memuntahkan asap dan debu menyebabkan kerugian kepada Indonesia dalam sektor pelancongannya berikutan ramai penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat perlindungan sementara. – Gambar EPA, 21 November, 2017.

GEMA gunung berapi di pulau Bali, Indonesia yang memuntahkan debu dan menyebabkan kepulan asap pada Selasa, mencetuskan kebimbangan kemungkinan ia akan meletus buat pertama kali dalam tempoh lebih 50 tahun. 

Gunung Agung memuntahkan asap setinggi 700 meter (2,300 kaki) dari puncaknya, menyebabkan lebh 140,000 penduduk di sekitarnya dipindahkan sejak bulan lalu berikutan kebimbangan gunung berapi itu akan meletus. 
 
Hampir 1,600 orang mati apabila Gunung Agung meletus pada 1963, namun pihak berkuasa menyatakan gema daripada gunung berkenaan tidak eberi ancaman kepada mereka yang tinggal di kawasan sekitar.

Tahap amaran masih belum ditingkatkan, menurut Made Indra, daripada agensi pengurangan bencana Bali. 

“Pada kami ini bukaanlah satu letusan,” kata Indra kepada AFP. 

“Letusan bermaksud terdapat bahan yang dimuntahkan daripada gunung itu, dan dalam kes ini tiada sebarang bahan dikeluarkan. Ini adalah asap.”

Namun ahli volkanologi Gede Suantika menambah, “mereka yang tinggal dalam lingkungan enam kilometer dari gunung (puncak) perlu dipindahkan”.

Gunung Agung sering mengeluarkan gema sejak Ogos. 

Pihak berkuasa menganggarkan kerugian akibat kebimbangan letusan gunung berkenaan di Bali mencecah sekurang-kurangnya $110 juta bagi pelancongan dan produktiviti berikutan ramai penduduk dipindahkan ke pusat perlindungan. 

Indonesia memiliki kira-kira 130 gunung berapi berikutan lokasinya dalam “Lingkaran Api Pasifik”, iaitu satu rangkaian plet tektonik yang mengelilingi Lautan Pasifik di mana sering berlaku aktiviti seismik. 

Pada 2010, Gunung Merapi - yang merupakan salah satu gunung berapi paling aktif dan berbahaya di dunia - meletus menyebabkan lebih 300 orang terbunuh dan memaksa 280,000 penduduk meinggalkan kediaman masing-masing. 

Gunung Sinabung di kepulauan Sumatera yang turut di peringkat amaran tertinggi, juga aktif sejak 2013.  – AFP, 21 November, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen