KEBANYAKAN menteri Zimbabwe bertindak menjauhkan diri daripada mesyuarat kabinet pada Selasa yang dipanggil oleh Presiden Robert Mugabe yang berdepan prosiding pendakwaan, lapor media negara itu.
“Mesyuarat kabinet yang dipanggil Presiden Mugabe pagi ini gagal diadakan berikutan menteri yang bertindak memulaukannya, lapor laman berita Herald.
Ahli parlimen Mugabe yang setia dengan parti ZANU-PF mengadakan pertemuan dengan ahli parlimen dari parti lain untuk menjalankan prosiding yang bakal menyaksikan presiden itu dilucutkan jawatan.
Kabinet terus mengenakan tekanan terhadap presiden selepas naib presiden Emmerson Mnangagwa yang disingkirkan oleh Mugabe mencetuskan campur tangan tentera minggu lalu, sebelum ini mengatakan dia akan mempertimbangkan untuk kembali ke Zimbabwe jika keselamatannya dijamin.
Pertikaian berhubung jawatan presiden tercetus sejak dua minggu lalu selepas Mugabe memecat Mnangagwa.
Penyingkiran itu menyaksikan isteri Mugabe, Grace diletakkan di kedudukan untuk menggantikan suaminya yang berusia 93 tahun, menyebabkan campur tangan tentera untuk menghalang laluan kepada isteri Mugabe bagi jawatan presiden. – AFP, 21 November, 2017.
Komen