Jumlah zon merah Covid-19 kekal 30


Ragananthini Vethasalam

BILANGAN zon merah Covid-19 tidak berubah dan masih kekal sebanyak 30 kawasan, menurut data Kementerian Kesihatan pada tengah hari semalam yang dikeluarkan hari ini.

Zon hijau, kuning dan jingga juga kekal pada sebanyak 26, 76 dan 16.

Kawasan dengan kes 40 dan ke atas akan diklasifikasikan sebagai zon merah.

Semalam, Malaysia melaporkan jumlah jangkitan paling rendah sebanyak 36 orang, menjadikan jumlah keseluruhan negara kepada 5,425 kes. Virus setakat ini meragut 89 nyawa.

Selepas kes kematian dan pemulihan, jumlah jangkitan aktif adalah 2,041 setakat semalam, dengan 45 pesakit di unit rawatan rapi dan 28 orang memerlukan ventilator.

Lembah Pantai kekal sebagai daerah dengan jumlah kes tertinggi dan menjadi zon merah untuk hari ke-18 berturut-turut.

Infografik Kementerian Kesihatan menunjukkan Lembah Pantai melaporkan 629 kes sehingga tengah hari semalam.

Daripada jumlah ini, 343 adalah kes aktif.

Zon ini terdiri daripada kawasan Parlimen Lembah Pantai, Seputeh dan Bukit Bintang.

Kementerian Kesihatan mendefinisikan kawasan sebagai zon jingga jika sebuah ia mempunyai antara 20 hingga 40 kes, sementara zon kuning adalah daerah dengan kurang 20 kes.

Zon hijau adalah kawasan bebas daripada jangkitan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah ketika ditanya sebelum ini, sama ada zon merah akan diklasifikasikan semula selepas kes kematian dan pemulihan dikeluarkan, beliau berkata ia mungkin berubah jika tiada jangkitan baharu selepas tempoh 14 hari. – 21 April, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen