GHANA pada Isnin menamatkan perintah berkurung yang dilaksanakan dua minggu di dua wilayah utama.
Menurut pemimpin negara berkenaan, langkah itu bagi mengurangkan impak terhadap golongan miskin.
Presiden Nanan Akufo-Addo mengumumkan pembatalan perintah berkurung di Accra dan wilayah kedua di Kumasi.
Katanya, langkah itu diambil selepas mengambil kira tindakan agresif untuk mengesan individu dijangkiti serta penambahbaikan pusat rawatan dan pusat kuarantin.
“Keputusan ini dibuat selepas perintah kawalan pergerakan sebelum ini menyebabkan kesukaran kepada kita di seluruh negara, terutama golongan miskin dan tidak berkemampuan,” katanya.
Setakat ini Ghana merekodkan 1,042 jangkitan, dengan sembilan kematian akibat koronavirus.
Negara yang memiliki sekitar 30 juta penduduk meningkatkan ujian dan pemeriksaan ke atas 68,000 sampel.
Langkah itu termasuk penutupan sempadan negara, menutup sekolah dan mengehadkan perhimpunan awam.
Akufo-Addo berkata, rakyat digalakkan memakai topeng muka kemana sahaja bagi membantu mengekang penularan virus itu.– AFP, 20 April, 2020.
Komen