Pekerja Malaysia di Singapura dilema selepas diarah cuti tanpa gaji


Ramai rakyat Malaysia terkandas di Singapura apabila republik itu mengenakan langkah pemutus litarnya bagi mengekang penularan Covid-19. – Gambar EPA, 20 April, 2020.

KETIKA Malaysia mengenakan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa pada 18 Mac, Cannie Leo tergesa-gesa mendapatkan bilik sewa berharga S$800 (RM2,460) di Woodlands, Singapura bersama seorang rakannya, agar mereka dapat terus bekerja untuk sebuah firma pembinaan di sana.

Beberapa minggu kemudian, Singapura mengumumkan pelaksanaan pemutus litarnya pada 7 April, yang mewajibkan semua perniagaan “tidak penting” ditutup selama sebulan.

Majikan Leo memintanya mengambil cuti tanpa gaji selama sebulan, dan pembantu tadbir berusia 27 tahun itu kini berdepan kesukaran.

“Saya mempunyai simpanan kurang S$200 untuk tinggal di Singapura sepanjang bulan ini. Wang yang saya simpan dalam akaun bank Malaysia tidak mencukupi untuk menampung bil saya untuk bulan depan, iaitu lebih RM3,000 (S$980),” katanya.

Sebelum PKP berkuat kuasa, penduduk Johor biasanya berulang alik setiap hari.

Leo memperoleh pendapatan kira-kira S$1,400 sebulan bagi pekerjaannya sekarang.

“Rakan saya yang lain juga cuti tanpa gaji. Jadi saya tidak pasti dengan siapa saya boleh meminjam wang,” tambahnya.

Seperti Leo, banyak rakyat Malaysia yang memilih tinggal di Singapura untuk bekerja semasa PKP kini dalam kebingungan dan tidak tahu apa perlu dilakukan.

Sebilangan besar diminta mengambil cuti tanpa gaji semasa langkah pemutus litar dilaksanakan dan tidak boleh membuat kerja sambilan.

Ramai yang menunggu kerajaan Singapura mengumumkan rancangannya selepas pemutus litar berakhir pada 4 Mei sebelum mengambil langkah selanjutnya.

Pemegang permit kerja ragu-ragu untuk kembali ke Malaysia pada masa ini kerana bimbang tidak dapat kembali ke Singapura. 

Apatah lagi, kerajaan mewajibkan ujian swab dilakukan sebelum rakyat dapat kembali ke dari Singapura. Ini sebaliknya tidak berlaku kepada warganegara Malaysia yang pulang dari tempat lain.

Eksekutif kanan jualan Sue Foong, 32, yang tinggal di Johor dan baru sahaja melahirkan bayinya pada Februari, memendekkan cuti bersalinnya dan bergegas pulang ke Singapura pada malam sebelum PKP. 

Anaknya kini berada di bawah jagaan ibu bapanya di Perak. – 20 April, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen