Veteran perang Zimbabwe gesa protes anti-Mugabe


Para veteran perang di Zimbabwe yang dahulunya merupakan penyokong kuat Presiden Robert Mugabe kini menyebelahi naib presiden yang dipecat, Emmerson Mnangagwa. – Gambar EPA, 21 November, 2017.

VETERAN-veteran perang berpengaruh di Zimbabwe hari ini menggesa kepada bantahan segera terhadap Presiden Robert Mugabe ketika parlimen bertindak untuk mencabar pemimpin veteran itu.

“Semua orang mesti datang ke Harare. Protes mesti dimulakan sekarang, kita tidak boleh beri satu jam lagi kepada Mugabe,” kata Pengerusi Persatuan Veteran Perang Zimbabwe Chris Mutsvangwa.

Persatuan itu menggesa orang ramai supaya berarak ke kediaman peribadi Mugabe yang dipanggil Blue Roof, bagi memastikan dia “meninggalkan pejabatnya dengan serta-merta”.

Ahli-ahli Parlimen dari parti ZANU-PF hari ini akan mengambil langkah pertama memaksa Mugabe meninggalkan pejabatnya selepas dia tidak mengendahkan kata dua supaya meletakkan jawatan.

Para veteran perang yang dahulunya merupakan penyokong kuat Mugabe kini menyebelahi naib presiden yang dipecat, Emmerson Mnangagwa yang mencetuskan krisis di negara itu. – AFP, 21 November, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen