Tak puas hati prestasi, penyokong West Ham dail 999


Pemain West Ham, Manuel Lanzini (kiri) dikawal pemain Watford, Abdoulaye Daocoure pada perlawanan Ahad lalu. West Ham kalah 2-0 menyebabkan sebilangan penyokongnya mendial 999 mengadu tidak puas hati. – Gambar AFP, 21 November, 2017.

PENYOKONG West Ham diberikan amaran supaya berhenti membuat panggilan kepada perkhidmatan kecemasan 999 untuk mengadu mengenai pasukan mereka yang kini berdepan risiko diturunkan ke divisyen rendah Liga Perdana Inggeris.

The Hammers kalah 2-0 kepada Watford pada Ahad yang merupakan perlawanan pertama dilatih David Moyes, dengan gol dilakukan Will Hughes dan Richarlison memuktamadkan perlawanan di Vicarage Road itu.

Sebilangan penyokong dilaporkan bertindak melampau menyuarakan kesedihan mereka dengan membuat panggilan kecemasan 999, Bilik Kawalan Polis Essex menggesa mereka berhenti bertindak demikian.

Penyokong juga bertindak melaungkan “pecat lembaga pengarah” semasa perlawanan itu ketika pasukan itu kekal berada pada kedudukan ke-18 dalam Liga Perdana Inggeris.

West Ham menentang Leicester di tempat sendiri sejak pelantikan Moyes pada Jumaat. –  AFP, 21 November, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen