Kontrak CEO Bernama Nurini Kassim tamat 16 Mei


Nurini Kassim dilantik sebagai CEO Bernama pada 2 Januari 2019.– Gambar Linked, 17 April, 2020

LEMBAGA Pengelola Bernama hari ini membuat keputusan untuk menamatkan kontrak Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Nurini Kassim berkuat kuasa 16 Mei 2020.

Pengerusi agensi berita nasional itu, Suhaimi Sulaiman berkata Lembaga Pengelola Bernama dalam mesyuarat hari ini juga membuat keputusan Ketua Pengarang Mokhtar Hussain akan turut menjalankan tugas-tugas CEO sehingga pelantikan baharu dibuat.

Suhaimi berkata Pertubuhan Berita Nasional Malaysia itu akan terus maju untuk menjadi jenama media nombor satu serta kekal relevan dan berwibawa.

“Adalah lumrah bagi sesebuah organisasi untuk terus mencari seorang pemimpin profesional bagi memperkukuhkan organisasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Nurini dilantik sebagai CEO Bernama pada 2 Januari 2019. – Bernama, 17 April, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen